Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah rabbil 'alamin nahmaduhu wa nasta'inuhu wa na'uzubillahi min syururi anfusina wamin sayyiatina a'malina man yahdihillah fala mudillalah waman yudlil fala hadialah.
Dah lame tak update blog, dah berhabuk ase blog ni.. Takpe.. Entri kalini, saya nak berkongsi pengalaman interview jadi imam dan guru kafa negeri Johor sebagai panduan untuk kawan2 yang baru lepas graduate.
Alhamdulilah, dengan izin Allah, saya berjaya lepasi kedua2 interview, dan sampai saat ni, saya buat dua kerja dalam satu mase sesuai dengan cadangan menteri kita..ahaks..sebagai Guru Kafa dan Imam sekaligus.
Ok. Gini Bro/Sis semua... Selame pengalaman saya interview, ade beberapa step yang saya rase boleh bantu korang untuk interview.
Step 1 : Kaji fatwa, akhbar, artikel2 agama, dengar ceramah berkaitan sektor agama di Negeri Johor. Dan hasil dapatan saya, Johor sangat menjaga hal-hal yang berkait akidah, Ahlus sunnahnya, Wahabinya, memang isu2 ni isu vital disini. So, banyakkan ilmu dan kajian pasal bab ni. Bab fiqh lek lu..
Step 2 : Hafal juz amma, at least surah ad-Dhuha hingga an-Nas. Kalau untuk imam, tambah surah as-Sajdah.
Step 3 : Luaskan pembacaan tentang pengetahuan am contoh kenal orang penting Negeri Johor macam Sultan, Tengku, MB, Pengarah Jabatan dsb. Dan, tahu juga isu semasa, macam saya haritu kebetulan 2 sebelum tu ade perhimpunan BERISH, dan saya ditanya berkaitan tu. Ini penting, untuk tahu sejauh mana kepekaan korang.
Step 4 : Siapkan segala dokumen yang diperlukan. Susun dokumen kita, beli satu fail khusus untuk dokumen korang. Susun ikut senarai yang diberikan.
Step 5 : Pakai pakaian yang smart, lagi baik utk lelaki pakai kot. Bukan untuk overact pon, untuk korang jugak, supaya lebih yakin bila interview dan bercakap
Step 6 : Waktu interview, korang cuba jawab apa yang termampu, dan tegas dengan pendirian korang. Kalau boleh, banyakkan "YA" daripada "TIDAK". Contoh kalau ditanya, kalau kami nak hantar kamu ke Kluang, kamu terima tak?. Jawab jer, "YA". Die nak tengok komitmen kita.
Step 7 : Itu saje kot. Selebihnya, mulakan dengan basmalah dan beri salam. Duduk tegak. And, do the best, guys!
Wallahualam.
Penterjemah Ummah
Monday, 22 May 2017
Thursday, 28 July 2016
Prosedur Sijil Peperiksaan Malaysia Hilang
Step 1 :
Sediakan salinan Kad Pengenalan
Duit berjumlah RM30.00
Step 2 :
Pergi terus ke Lembaga Peperiksaan Aras 1,2,5 - 13, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Anda akan dapat terus sijil tersebut dalam hari yang sama.
Step 1 :
Sediakan salinan Kad Pengenalan
Duit berjumlah RM30.00
Step 2 :
Pergi terus ke Lembaga Peperiksaan Aras 1,2,5 - 13, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Anda akan dapat terus sijil tersebut dalam hari yang sama.
Monday, 30 May 2016
TAJUK
“ OKU WASILAH
PERUBAH MASYARAKAT”
NAMA
|
NUR ARIF BIN MD.RADZUAN
|
NO.TEL
|
014-5130381
|
ALAMAT
|
NO.03-01, BLOK S, JALAN MOLEK 3/19 TAMAN MOLEK
81100, JOHOR BAHRU.
|
EMAIL
|
arifmuslim931031@yahoo.com
|
UMUR
|
23 Tahun
|
KATEGORI A
|
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI.
|
TEKS KHUTBAH JUMAAT : OKU AGEN PERUBAH
INSITUSI MASYARAKAT
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ
وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا
وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ
يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى
يَوْمِ الدِّيْنِ. اما بعـد،
قال الله تعالى : اعوذبالله من الشيطان الر جيم
يَا أَيُّهاَ
الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ
وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ. يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ
خَلَقَكُمْ مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا
رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ بِهِ
وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا. يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ
ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ
أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ
فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا.
Sidang jumaat yang
dimuliakan Allah,
Dari mimbar khutbah
jumaat ini, khatib ingin menyeru kepada diri khatib dan jamaah sekalian untuk
meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Peningkatan iman yang
terus dilakukan dengan peningkatan amal soleh. Karena darjat kemuliaan seorang
hamba di sisi Allah hanyalah dinilai dengan ketaqwaannya. Allah berfirman
didalam Kalam-Nya :
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ
عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya orang
yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa”.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Orang Kurang Upaya
(OKU) adalah anugerah terindah daripada Allah kepada sekalian manusia, kewujudan
mereka ditengah-tengah khalayak ramai sebagai motivasi kepada insan yang
sempurna anggotanya agar lebih bersyukur dengan kurniaan Tuhan Maha Kaya.
Mereka bukanlah bebanan kepada masyarakat, dan bukan pula golongan yang perlu dipandang
hina. Akan tetapi, mereka merupakan agen perubah masyarakat sedunia.
Sidang jumaat yang
diredhai Allah sekalian,
Syukur kepada Yang Maha
Esa menjadi aspek penting bagi kehidupan orang yang beriman. Allah berfirman di
dalam surah Ibrahim ayat 7 :
Terjemahan : Dan
(ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Insan-insan kurniaan
Allah seperti OKU ini telah menjadi agen perubah dengan menggambarkan kepada kita pada hari ini tentang erti syukur. Walaupun ditakdirkan dengan cacat anggota badan, pekak bisu, atau hilang
deria penglihatan namun itu bukan benteng penghalang untuk mereka terus mengorak
langkah lebih kehadapan. Kita umat islam yang sempurna susuk tubuh perlulah
meletakkan diri dengan kesyukuran yang tinggi kepada pencipta alam kerana kita
dilahirkan sempurna anggota, akal dan jasad. Semua ini anugerah tuhan kepada
kita, sekiranya kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat ini seperti
yang difirmankan-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7. Golongan OKU seperti mereka
menyedari dan mengakui akan kekurangan mereka namun mereka percaya dengan
hikmah yang diatur urus oleh Tuhan Azza Wajalla dan tetap bersyukur dengan apa
yang telah ditetapkan. Alangkah indahnya umat islam hari ini menjiwai rasa
syukur sepertimana golongan ini menjiwai nikmat kesyukuran itu.
Sidang jumaat yang dimuliakan Allah,
Golongan OKU bukanlah orang asing, mereka hamba Allah seperti
kita juga, hamba yang menyerahkan sepenuh perhambaan mereka kepada Allah dengan
penuh sabar dan cekal. Kesabaran mereka sudah tentulah berbeza daripada kita kerana
ujian yang ditimpa lebih tinggi berbanding insan kerdil seperti kita. Jadikanlah mereka ‘role model’ dalam memaknai kesabaran dalam diri kita kerana
mereka dengan penuh cekal dan sabar mengharungi hidup yang telah diaturkan
Allah walaupun dipandang rendah oleh sebahagian daripada kita. Mungkin disisi
manusia, kita dipandang tinggi, namun, disisi Allah mungkin sebaliknya.
Sesungguhnya Allah itu berada dalam jiwa-jiwa yang meletakkan sabar sebagai
garis panduan hidupnya seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 153 :
Terjemahan : Wahai
orang-orang yang beriman mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat,
sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Tatkala mana ibu bapa mempunyai
anak seperti ini perlulah sentiasa cekal dan sabar seperti sabarnya mereka.
Ibubapa hendaklah menjaga dan memelihara mereka sebaik mungkin semoga menjadi
insan yang mampu mewarnai institusi masyarakat kita dengan biah kasih sayang. Kita
tidak mahu kes yang berlaku pada adik Muhammad Firdaus, budak OKU yang didera
di Nilai yang cukup menyayatkan hati berulang lagi. Ini berpunca daripada sikap
ibu bapa yang tiada perikemanusiaan pada insan istimewa ini. Oleh itu, Ibu bapa
yang dianugerahkan Allah insan istimewa haruslah bersyukur dan bersabar tika
mana memelihara mereka. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa
memberi anak-anak ini dengan didikan agama yang cukup agar menjadi salah
seorang yang dapat meneruskan agenda menyebarkan risalah Allah kepada golongan-golongan
lain seperti mereka. Letakkan kesabaran yang tinggi ketika memelihara mereka, dengan
harapan Allah akan sentiasa mendampingi kita tidak kira mana kita berada.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Sebagai meraikan
insan-insan yang menjadi sebahagian daripada masyarakat kita ini, adalah baik
kita menghulurkan bantuan kepada mereka sama ada berbentuk kewangan atau
tenaga. Hidupkan suasana kasih sayang antara kita dan mereka supaya mereka
merasai yang mereka sebahagian daripada kita. Sahabat-sahabat kita yang dipilih
Allah ini pasti akan menyandarkan kasih sayang kepada kita sekiranya kita
mentafsirkan rasa yang sama kepada mereka seperti sabda Rasulullah SAW :
من لا يَرحَم لاَ
يُرحَم
Terjemahan
: Barangsiapa yang menyayangi akan disayangi.
Mimbar
hari ini menyeru seluruh umat islam agar menyayangi golongan OKU yang menjadi
sebahagian daripada nadi masyarakat kita. Wujudkan jalinan mahabbah diantara
mereka untuk memberi inspirasi kepada golongan ini agar terus berperanan dalam
setiap aspek kehidupan sama ada dari sudut pendidikan, kerjaya dan cita – cita.
Sekiranya dunia menghargai dan mengasihi golongan seperti mereka. OKU telah
menjadi perantara yang merubah masyarakat dunia kepada masyarakat yang penyayang
dan pengasih. Islam mendidik umatnya mengasihi golongan yang kurang upaya ini.
Kita cuba soroti sejarah yang menonjolkan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad
SAW yang selalu memberi makan nasi kepada seorang kafir buta dengan penuh
kelembutan dan kasih sayang walaupun dihina dan dicaci oleh orang kafir buta itu.
Dan berkat sifat sabar, kelembutan dan kasih sayang Rasulullah, selepas
kewafatan Rasul Ulul Azmi itu, si buta itu telah memeluk islam kerana terharu
dengan kebaikan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kekasih Allah itu.
Sidang jumaat yang
diredhai Allah sekalian,
Golongan
OKU adalah golongan yang mesti dihormati bakat, kemampuan dan kelebihan mereka.
Ahli-ahli usahawan, ahli-ahli korporat dan pengurus-pengurus syarikat hendaklah
membuka ruang dan peluang lebih banyak untuk golongan seperti ini dalam sektor
perindustrian agar mereka dapat mempersembahkan kecenderungan mereka di medan
yang sebenar. Kekurangan anggota badan bukanlah bukti halangan untuk mereka berkarya
dan memberikan idea-idea segar demi pembangunan bersama dari aspek ekonomi,
politik atau pembangunan sosial. Mungkin mereka dianugerahkan Allah kelebihan
menggantikan kekurangan yang dtakdirkan Allah itu. Tidak rugi kita membantu
orang yang susah daripada kita. Allah akan balas natijahnya setimpal dengan
kebajikan yang kita usahakan di akhirat kelak. Daripada Abu
Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda:
"Barangsiapa yang
melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi
orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di
akhirat…(Riwayat Muslim)
Allah
telah menjanjikan kemudahan urusan di akhirat bagi muslim yang membantu muslim
yang lain yang susah. Jadi, bertolong bantulah sesama kita orang Islam dengan
orang Islam sama ada OKU atau tidak. Semoga umat Islam kekal kuat dan bersatu
padu seperti yang diukirkan dalam sejarah satu ketika dahulu.
Sidang jumaat yang dimuliakan Allah
OKU adalah sebahagian dari masyarakat kita.
Sebagaimana mereka merupakan ujian Allah kepada kedua orang tua dan keluarga
mereka, mereka juga adalah ujian kepada kita. Dengan segala kekurangan yang
mereka miliki serta kelebihan yang ada pada kita, bagaimanakah kita
berinteraksi dengan mereka? Dan pernahkah terdetik di hati kita melihat
kelebihan pada diri mereka untuk menjadikan inspirasi untuk kita? Hina
sangatkah mereka sehingga kita meminggirkan mereka? Umat Islam di Malaysia
perlu ubah corak pemikiran dengan melihat titik persamaan antara kita dan
mereka. Hargailah bakat dan kebolehan mereka dalan pentas pendidikan, kerjaya
dan dakwah. Semoga mereka menjadi wasilah mendekatkan lagi antara kita dan
Allah.
بَارك اللهُ لِي ولكم
بالقرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الأيات والذكرالحكِيم وتقبل مني و منكم
تلاوته إنه هو السميع العليم ، أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر
المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات ، فأستغفروه ، إنه
هو الغفور الرحيم.
KHUTBAH KEDUA
اَلْحَمْدُلِلّهِ
حَمْدًاكَثِيْرًاكَمَااَمَرَ. وَاَشْهَدُاَنْ لاَاِلهَ اِلاَّللهُ وَحْدَه
لاَشَرِيْكَ لَهُ. اِرْغَامًالِمَنْ جَحَدَبِهِ وَكَفَرَ. وَاَشْهَدُاَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُاْلاِنْسِ وَالْبَشَرِ.
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ
مَااتَّصَلَتْ عَيْنٌ بِنَظَرٍ وَاُذُنٌ بِخَبَرٍ
اَمَّا بَعْدُ : فَيَااَ يُّهَاالنَّاسُ
!! اِتَّقُوااللهَ تَعَالىَ. وَذَرُوالْفَوَاحِشَ مَاظَهَرَوَمَابَطَنْ.
وَحَافِظُوْاعَلىَ الطَّاعَةِ وَحُضُوْرِ الْجُمْعَةِ وَالْجَمَاعَةِ.
وَاعْلَمُوْااَنَّ اللهَ اَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَفِيْهِ بِنَفْسِهِ. وَثَنَّى
بِمَلاَئِكَةِ قُدْسِهِ. فَقَالَ تَعَالىَ وَلَمْ يَزَلْ قَائِلاًعَلِيْمًا: اِنَّ
اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ النَّبِىْ يَاَ يُّهَاالَّذِيْنَ
آمَنُوْاصَلُّوْاعَلَيْهِ وَسَلِّمُوْاتَسْلِيْمًا. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. كَمَاصَلَّيْتَ
عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ. في
ِالْعَالَمِيْنَ اِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّهُمَّ وَارْضَ عَنِ
الْخُلَفَاءِالرَّاشِدِيْنَ سَيّدِنَا اَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ
وَعَلِيٍّ وَعَنْ سَائِرِاَصْحَابِ نَبِيِّكَ اَجْمَعِيْنَ وَعَنِ التَّابِعِيْنَ
وَتَابِعِى التَّابِعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِاِحْسَانٍ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ
اَللّهُمَّ اغْفِرْلِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ
وَاْلاَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَاوَاهِبَ الْعَطِيَّاتِ. اَللّهُمَّ ادْفَعْ
عَنَّاالْغَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالزِّنَا وَالزَّلاَزِلَ وَالْمِحَنَ.
وَسُوْءَالْفِتَنِ مَاظَهَرَمِنْهَا وَمَابَطَنَ عَنْ بَلَدِنَا هَذَاخَاصَّةً
وَعَنْ سَائِرِبَلاَدِالْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَااَتِنَافِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلاَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَالله اِنَّ اللهَ
يَأْمُرُبِالْعَدْلِ وَاْلاِحْسَانِ وَاِيْتَاءِذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ
الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ
فَاذْكُرُوااللهَ الْعَظِيْمِ يذكركم وَاشْكُرُوهُ عَلىَ نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ.
وَلَذِكْرُاللهِ اَكْبَرُ
Tuesday, 26 April 2016
Selfie Diri!

1...2....3.... klash.. ok.. free style.. smile... klash.. hanya berbekalkan monopod dan kamera di tangan kita mampu tangkap gambar kita sendiri, adakala ambil dari side depan, adakala dari side tepi kerana lebih kelihatan cantik menurutnya.
Itulah selfie. Satu fenomena yang semakin sinonim dikalangan generasi muda hari ini yang dikatakan lebih hipster dan lebih cool and catchy. Tidak kira dimana, di belakang rumah, di tengah highway, dimana ada si muda, di situ ada selfienya Fenomena selfie ini semakin hari semakin berleluasa sehingga dari semuda-muda usia hinggalah ke tua bangka terjebak dengannya. Tiada yang negatif tentang gejala ini kerana si penulis berani mengaku yang selfie ini mampu merapatkan hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan dan hubungan rakan sekerja. Kerana disana bertemunya titik kegembiraan sesama mereka dengan pelbagai gaya jenaka yang ditonjolkan.
Cermin Diri Dulu!
Tertarik untuk menukilkan sebuah coretan yang boleh diadaptasi daripada istilah selfie ini kerana dengan fenomena ini boleh menjadi daya penarik buat si pembaca untuk menghayati isi hati ini. Bagi si penlis, istilah selfie didefinisikan sebagai "menangkap gambar diri sendiri". Ia samalah ertinya seperti kita mencerminkan atau refleksi diri kita sendiri. Itulah makna selfie yang ingin diungkapkan oleh si penulis iaitu cerminan diri sendiri. Tidak salah saya kata, kita sering melihat diri orang lain yang salah, menuding satu jari pada orang lain tetapi kita lupa yang empat jari yang lain menghala pada diri kita. Pernah tidak kita berada dalam situasi dimana kita bergaduh dengan sahabat kita, dan kita sering melindungi diri kita yang kita betul dan sahabat kita salah, tetapi tidak terlintas dibenak fikiran kita terkadang kesalahan itu boleh jadi berpunca dari diri kita.
Kritik Diri
Selfie diri kita! besarkan lagi wide lens kita untuk melihat diri kita daripada kaca mata yang lebih besar supaya kita selalu merasakan yang diri kita tidaklah sempurna berbanding insan-insan yang lahir di sekeliling kita. Ada perlu untuk kita belajar atau biasakan untuk kritik diri sendiri supaya kita belajar menghargai diri orang lain lebih dari diri sendiri. Bila berbicara tentang kritik diri, terlintas untuk si penulis kongsikan sorotan kisah Umar Al-Khattab, khalifah islam yang kedua dengan gelaran Amirul Mukminin. Pernah satu ketika dimana para sahabat melihat Umar menangis dan ketawa kemudian menangis semula dan ketawa. Sahabat yang melihat situasi itu tertanya dengan tindak tanduk Umar lalu mereka terus bertanya kepada Umar kerana ingin tahu apa yang bermain dalam fikiran sahabat mereka itu. Wahai Umar, aku melihat engkau menangis, kemudian gelak dan menangis semula, apa yang mengganggu dirimu sehingga perilakumu sedemikian? Lalu Umar menjawab, aku teringat sewaktu aku jahil dulu, aku memanam anak perempuan ku yang tiada dosa ditanam hidup-hidup, aku menangis kesal dengan kejahilan aku dulu. Dan aku gelak kerana aku teringat satu ketika dahulu yang aku menyembah berhala sedangkan berhala itu diperbuat daripada tamar, apabila lapar, aku memakan tuhan aku itu, aku tergelakkan kejahilan aku dulu. Umar yang terkenal dengan peribadi yang tegas, garang, lantang, berani dari sosok peribadinya turut berani untuk kritik dirinya sendiri. Begitulah kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Pendeta Zaba, sekiranya ingin tingkatkan mentaliti, kita perlu berani untuk kritik diri kita,
Selfie Dari Kacamata Perhambaan
Dunia ini ibarat padang bola yang pemainnya adalah diri kita sendiri dan jaring gol itu adalah matlamat akhir kita (syurga). Jika kita berjaya dalam pertempuran dengan menjaringkan gol, maka kita telah menempah piala kemenangan yang diimpikan oleh semua pemain bola. Begitulah yang dinisbahkan sebagai dunia iaitu pentas atau padang ujian untuk menguji hamba-hamba yang soleh atau best scorer dalam ujian Allah ini. Jika berjaya, syurga pialanya, kalau tidak, maka sebaliknya. Tiadalah sebab lain kita dijadikan di muka bumi ini melainkan untuk perhambakan diri kepada Allah seperti dalam firmanNya didalam surah Ad-Zariyat :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالأِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya : Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah.
Ini adalah asal kejadian kita untuk perhambakan diri kita kepada tuhan azza wajalla supaya kita menjiwai nikmat paling besar yang Dia kurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan islam. Jadi, cerminlah diri dengan karakter yang menunjukkan keabdian kita kepada Allah Yang Satu.
Kembara Spiritual Siri 1 : Tazkiyatun Nafs di Hulu Langat
Program “Kembara Spiritual : Tazkiyatun Nafs di Hulu
Langat” ini adalah ibrah daripada surah al-Mulk ayat 15 :
“Dialah
yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata
ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah;
dan kepada
Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”
Buat julung kalinya, program yang berintisarikan elemen
tasawwuf disamping mentadabbur alam ini diadakan sebagai platform refleksi diri
sambil menghayati dan mengenal Maha Pencipta yang mencipta alam dengan serba
keunikan dan diluar batas kemampuan makhluknya. Untuk menyelami lebih dalam program
ini, saya akan ekspresikan memori suka duka dan integrasi antara alam dan akal
ini di dalam sebuah tinta sebagai perkongsian bersama demi keluhuran jiwa
rohani.
KEMBARA SPIRITUAL 16 APRIL| BAB 1 :
Tanpa memikirkan keletihan bekerja, saya
dan abang Hafizullah mengaturkan perjalanan untuk merealisasikan kembara yang
sudah dirancang seminggu sebelumnya. Walaupun hanya berdua, kami bertekad untuk
teruskan juga program ini sebagai wadah membentuk jati diri yang semakin alpa
dan demi memenuhi kehendak hati yang menuntun dirinya untuk diisi. Meskipun
akan ada yang mempertikaikan, “kenapa sampai nak pergi jauh-jauh semata-mata
nak betulkan diri? masjidkan ada? rumahkan ada? Hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih jer tu.” Yup, betul! betul! kami tak menidakkan ‘statement’ itu
ada betulnya, cuma,,,kami ambil keputusan ini semata-mata untuk keluar daripada
zon selesa kami, zon ‘tilam’ dan ‘bantal’, zon ‘wifi laju’, zon ‘kemudahan
serba serbi’. Selain, kami hendak keluar daripada hiruk pikuk kesibukan bandar
yang akan mengganggu fokus kami.
Alhamdulilah,,, dengan izin Allah, kami
berjaya memulakan ekspedisi ini dengan jayanya. Semuanya tidak akan berlaku
tanpa kemudahan dan bantuan daripada Allah S.W.T.
Jam menunjukkan pukul 2.30 petang, perjalanan
kami bermula dengan pengembaraan ke Sg. Congkak, Hulu Langat, sebuah sungai
yang tersergam indah yang dikelililngi oleh kehijauan hutan yang sangat
menenangkan jiwa. Sudah cukup mengaburi mata kami daripada memikirkan
keserabutan dunia yang sentiasa berlegar di ruang fikiran kami. Tiada rasa
selain rasa keterujaan meronta-ronta untuk menyingkap lebih dalam akan keindahannya
dan merasai kejernihan airnya. SubhanAllah, hebatnya ciptaan Kau, walaupun satu
ketika dahulu aku pernah hadir kesini tetapi tidak terlintas rasa jemu untuk
mentadabbur alam ciptaan Mu ini, Ya Rabbi. Pengalaman ini tidak akan ceria
kalau tidak diserikan dengan telatah lucu dari abg usrahku yang tidak lekang
dengan idea-idea lucunya. Buat aku tidak sunyi dari hilai tawa sepanjang masa.
Disamping kami bermandi manda di sungai, sempat juga kami berbual tentang
permasalahan fiqh mengenai air sungai yang satu ketika dahulu digunakan
atuk-atuk dan nenek-nenek kita sebagai tempat membasuh baju. Kami terfikir,
bersih ke baju tu? tak rasa ke air sungai tu bercampur dengan bahan-bahan
kotoran yang kita tidak tahu. Apa yang kami mampu simpulkan, kesucian air
sungai itu mungkin disebabkan ianya mengalir. Mungkin sebab itu air sungai
dikategorikan sebagai air mutlak. Bercakap pasal air yang mengalir, terlintas
dalam hati aku waktu tu satu analogi mantap daripada al-Imam Syafie (767M- 820M) antara
air yang mengalir dengan mengembara di
dalam syairnya ;
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada
berpenat-penatan,
Sungguh aku melihat air yang tergenang (bertakung)
dalam diamnya, justeru akan tercemar lalu membusuk.
Jika sahaja air tersebut itu mengalir, tentu, tentu ia
akan terasa lazat dan menyegarkan. Tidak akan sedemikian, jika ia tidak
bergerak mengalir….”
Imam Syafie menggambarkan kepada kita bahawa dengan
mengembara mampu menjernihkan pemikiran kita, membuka sarwa pandang kita
terhadap pelbagai aspek sama ada aspek sosial, budaya, politik, ekonomi dan
agama. Hebat kalam al Imam.
Namun, perjalananku dan Abg Hafiz tergendala dek hujan
yang turun lebat dalam lingkungan jam 5.30 petang lebih. Kami gunakan ruang
waktu yang ada sebagai ruang mengisi jiwa dengan al-Mathurat (kumpulan doa
ma’thur daripada Rasulullah yang dikumpulkan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna).
Inilah sumber kekuatan individu yang bergelar petugas harakiy. Suasana hujan
yang sejuk ini, memujuk si perut untuk memainkan lagu keroncong, lalu kami
bergegas ke gerai berhampiran sambil memesan kopi tarik. Disini, perbualan kami
lebih kepada perbualan bersifat peribadi, membuat ukhwah yang dijalinkan atas
ikatan aqidah itu kian rapat dari masa ke masa. InshaAllah, semoga kembara ini
dapat menuntun kami memaknai maksud ayat al-Quran dari surah al Mukminun yang
berbunyi : Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara….
KEMBARA SPIRITUAL 16 APRIL | BAB 2 :
Tepat jam 7.30 malam, kami tiba di Masjid Sultan
Hisyamuddin Hulu Langat, kami berniat iktikaf disini untuk satu malam. Selepas
maghrib, hikmah daripada kami menghadiri masjid ini, Allah menghantar hambanya
untuk menegur kami tentang aqidah yang semakin menjadi topik kebelakang dalam
perbualan kami. Apa yang diperkatakan oleh penceramah cukup menjentik hati kami
yang langsung leka daripada memikirkan batu asas penting bagi insan yang
mengaku dirinya sebagai muslim, iaitu aqidah. Antara intipati yang dikupas di
dalam ceramah ini, dinukilkan oleh penceramah kata-kata daripada Syed Qutb
melalui bukunya Ma’alim fi at-Thoriq ; “punca kerosakan dikalangan masyarakat
adalah disebabkan oleh kerosakan aqidah.” Turut dinukilkan kalam daripada
as-Syahid Imam Hassan al-Banna; “Ibadah hati itu lebih banyak daripada ibadah
fizikal.” Dalam konteks gerakan dakwah, seorang petugas harakiy itu perlu meletak
aqidah sebagai elemen terpenting dalam dirinya, meletakkan sesuatu perkara yang
dilakukan tidak lain hanya untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Baru seorang
petugas harakiy itu akan kekal kompeten dalam gerak kerjanya. Semoga ceramah
ini dapat mengisi jiwa kami yang kurang terisi dengan ilmu-ilmu yang
bermanfaat.InshaAllah. Seusai kami menikmati bubur yang disediakan untuk
makmum-makmum yang hadir ke masjid selepas Isyak berjemaah, kami meluangkan
masa berdua untuk metadabbur 5 ayat pilihan al-Qur’an iaitu surah al-Kahfi ayat
13, surah al-Muzzammil ayat 1-6, surah at-Taubah ayat 41 dan surah as-Saff ayat
3 serta menghafal ayat dan terjemahannya.
Antara perbincangan yang boleh dikongsikan bersama :
Manifestasi daripada surah al-Muzzammil ;
1. Surah ini menyarankan kepada sekalian
manusia untuk bangun malam bagi menunaikan solat sunat.
2. Bangun malam adalah
sebagai pengisian jiwa yang kosong.
3. Ruang masa yang sangat kondusif untuk
mengingat Allah.
4. Ibadah bangun malam ini susah tetapi akan menjadi mudah
jika kita ada sahabat yang saling mengingatkan.
Manifestasi daripada surah at-Taubah ayat 41 :
1. Semakin tinggi hierarki, semakin tinggi
jihadnya.
2. Jihad dan taklifan perlu berjalan seiringan.
3. Dalam konteks
sekarang, jihad kita bukan lagi berperang tetapi kita berperang dengan diri
kita sendiri dan ghuzwatul fikr (Peperangan Ideologi) untuk membentuk diri.
Manifestasi daripada surah as-Saff ayat 4 :
1. Makna ‘Saff’ disini adalah organisasi yang
tersusun atur, diposisikan peranan pada setiap individu dan tidak dinamakan
teratur bilamana tiadanya implementasi.
2. Individu vs berjemaah : Sebagai
contoh : Mat Lutfi seorang vlogger dakwah yang terkenal, perjuangan dakwahnya
betul dan tidak dinafikan keberkesanannya. Namun, cuba kita bayangkan,
sekiranya Mat Lutfi ini tadi meninggal dunia, siapa akan meneruskan ideologi
dakwahnya? Ini beza bergerak secara berjemaah dan secara individu. Dengan
berjemaah, kita dapat wujudkan satu komposisi diantara semua kepakaran yang
terdapat dalam diri setiap indvidu Jemaah itu, dimana boleh dapatkan ilmu ini?
didalam USRAH.
Selesai sahaja kami mentadabbur ayat-ayat tersebut
berdasarkan konteks semasa (waqi’), kami menghafal ayat-ayat tersebut untuk
menjadi pegangan bersama. Semoga ayat-ayat ini kekal dalam ingatan kami.
InshaAllah.
KEMBARA SPIRITUAL 16 APRIL | BAB 3 :
Alhamdulilah, alhamdulilah, dengan izin Allah, kami
dapat bangun ‘Qiamullail’, sesuatu yang paling diimpikan buat insan yang
bergelar petugas harakiy. Kami menunaikan solat sunat Tahajjud, Solat sunat
taubat, Hajat, dan witir. Semoga amalan ini diterima disisi Allah. Bagi kami,
ia satu kejayaan buat diri kami yang mungkin telah mengabaikan solat-solat ini.
Jam menunjukkan 5.00 pagi, kereta kami meluncur laju
menuju ke Broga Hill. Tanpa waze, tanpa sebarang panduan, hanya menyerahkan
sepenuh kebergantungan kepada ‘signboard’ dijalan. Adakala signboard ini ada,
adakala hilang tiba-tiba. Dikelilingi hutan yang gelap, tanpa terdapat sebarang
rumah dikiri kanan jalan. Cukup membuatkan kami menyerahkan sepenuh
perlindungan kepada yang Maha Melindungi dan terus berharap agar selamat
sampai. Kami tak pasti apa yang akan berlaku pada kami dihadapan nanti.
Masa terus berlalu, mata masih terus mencari dan
mencari dimana sepatutnya hala tuju kami, yang berlegar di fikiran kami, betul
ke jalan kami ni. Akhirnya, jalan yang kami lalu tadi membawa kami betul-betul
dihadapan masjid di Semenyih. Tepat waktu yang kami sampai, Jemaah masjid masih
lagi mendirikan solat. Kami terus bersolat. Seusai berjemaah subuh, tiada lain
dalam fikiran ini, hanya perasaan ‘excited’ hendak mendaki.
Segalanya sudah dipersiapkan, hanya tinggal si jasad
untuk memulakan pendakian. Mendaki dan terus mendaki. Ada budak kecil, ada
orang dewasa, ada Cina, ada India, ada Melayu. Semuanya mempunyai matlamat dan
niat yang sama. Hanya untuk sampai ke PUNCAK! Bukan mudah yang disangka mendaki
ini, dengan jalan tidak rata, tanahnya yang licin, berlubang sana, berlubang
sini, kiri kanan curam, batu-batu yang menyukarkan lagi dakian. Namun, dengan
tekad yang kuat, buat kami terus mara selangkah demi selangkah tanpa peduli
kesusahan yang ada. Bila dinilai semula, aku melihat Bukit ini seolah-olah kehidupan,
‘track’ yang kami lalui ini diibaratkan seperti ujian dan cabaran. Dan, puncak
adalah cita-cita yang diimpikan. Cita-cita tidak akan tercapai sekiranya kita
tidak meletakkan satu bulat tekad atau azam yang kuat. Ada azam, benteng apa
pun sanggup diredah untuk dapatkan apa yang diimpikan.
Diatas tulah, kami ‘selfie’, kami bergambar, untuk
dijadikan memori terindah buat persahabatan kami. uhuhu….. Dan kami habiskan
perjalanan kami ini disini....
Bukan niat untuk bangga, bukan pula untuk mendabik
dada, hanya sebagai perkongsian bersama… Jumpa di Kembara Spiritual siri II…..
yihaa..!!
Monday, 26 October 2015
Bimbing Diri Dengan 'WAZE' Allah
Pernahkah tak korang guna Waze? Apa 'function' Waze? Boleh dikatakan Waze ini ibarat peta digital yang menunjukkan jalan kepada kita agar sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan disajikan suara perempuan inggeris yang terkadang cakap pelat melayu atau dalam bahasa inggeris untuk beritahu arah tuju kita, bezanya dekat atau jauh sahaja.
Tetapi.........

Terjemahan : (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Al-Qur'an obor penyuluh manusia yang masih lagi diselebungi kegelapan. Membawa manusia ke jalan yang lurus dan lebih terang benderang. Membimbing manusia lebih mengenal Rabb Azza Wajalla. Ia menjadi ensiklopedia menerangkan kepada manusia tujuannya diciptakan dan apa peranan manusia itu sendiri di muka bumi Allah yang luas ini. Hebatnya Al-Qur'an tiada timbang taranya dibandingkan buku-buku buatan manusia. Kerana ini adalah kalam Tuhan Yang Maha Mengetahui, sudah pasti ia menjadi diari kehidupan di dunia sehingga ke hari kiamat dimana manusia dibangkitkan semula,
Hendak digambarkan kehebatan Al-Qur'an ini sehingga mampu melunturkan hati Umar yang sewaktu jahiliyyah dahulu, beliaulah manusia yang paling keras dan bengis, pemarah, paling digeruni, paling kuat menentang islam dan Rasulullah, namun hanya mendengar ayat dari Surah Taha, beliau menangis teresak-esak dan terus memeluk islam. Subhanallah, Allah telah memberi hidayah padanya. Hadirnya Umar, islam semakin kuat dan bermulalah dakwah secara jihar (terang-terangan). Begitu besar impaknya, tulah Al-Qur'an, kalam Allah S.W.T. apabila didengar mampu menundukkan hati yang sombong dan mampu menenangkan fikiran yang resah. Alangkah hebatnya mukjizat Al-Qur'an sehingga bahan bacaannya melangkaui zaman. Hatta pada hari ini, Al-Qur'an masih relevan digunakan.
Al kisah, seorang bapa bersama anaknya di atas Komuter menghala ke satu destinasi, Anaknya itu berlari-lari didalam tren, buat bising, dan ganggu orang ramai disitu. Namun, bapanya tidak berbuat apa-apa. Disana ada seorang lelaki yang asyik memerhati setiap tindak tanduk bapa dan anaknya itu. Pelbagai tanggapan buruk bermain dalam benak fikiran lelaki tersebut terhadap bapanya kerana hanya berdiam diri tanpa pedulikan anak kecil tersebut. Sebelum anaknya itu mengganggu lebih ramai lagi, lelaki itu bingkas bangun dan menghampiri bapa tersebut. Lalu menegur sikap bapanya yang tidak pedulikan anaknya sendiri. Alangkah menyesal dan terkejutnya lelaki tersebut apabila mendapat tahu yang bapanya itu baru sahaja kehilangan isteri dalam beberapa jam yang lalu. Saat itu, lelaki yang pada awalnya beranggapan negatif terus bertukar kepada perasaan kasihan, hiba dan simpati apabila mendapat tahu cerita sebenar. Begitulah dianalogikan Al-Qur'an, pada asalnya manusia menilai sesuatu perkara itu dengan tanggapan yang sangat menyimpang dari kebenaran, lalu Al-Qur'an memberi pencerahan demi membimbing manusia ke jalan mardhatillah. Kisah ini sangat bertepatan dengan ayat Al-Qur'an daripada surah Al-Baqarah ayat 185.
Jadikanlah AL-Qur'an sebagai teman dikala kesunyian. Jadikanlah Al-Qur'an sebagai guru dikala kesesatan. Jadikanlah Al-Qur'an sebagai bapa dikala kebingungan. Dan menjadi ibu sebagai tempat untuk merintih dan mengadu. Moga Allah mengangkat kita sebagai sohibul Qur'an di akhirat kelak. Serta Al-Qur'an menjadi penyelamat diakhirat kelak. Wallahu taala A'lam.
Sunday, 25 October 2015
Rintihan Hati Mengadu
Bila hati bersama Allah, tika senang dan ditimpa musibah sentiasa
menjadikan Allah sebagai pendamping setia bagi menguatkan diri yang sering lesu
ditelan arus dunia. Hamba mukmin yang sejati tidak gugur jatuh apabila diuji
Tuhan Yang Esa. Tidak leka apabila kenikmatan mula melimpah diatas riba kerana
mereka tahu ini adalah dari Tuhan Yang Esa. Ujian inilah proses menjadi
golongan orang yang beriman. Seperti firman Allah :
Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang
mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang
demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang
benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang
yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3].
Ujian bukan tanda Allah mengkhianati kita, ujian bukan tanda Allah
membenci kita tetapi ujian sebagai tanda Allah mengingati kita untuk mengingati-Nya.
Indahnya peringatan Tuhan, tika kita diuji, nama-Nya menjadi yang pertama
dibenak fikiran kita kerana kita tahu Dialah tempat kita mengadu dan merintih
memohon permintaan dan keampunan agar kita dipermudahkan ujian dari-Nya.
Mukmin sejati harus terus kuat, bukan putus asa menjadi sasarannya
tetapi anak panah perubahan kearah lebih baik adalah matlamatnya. Allah menguji
untuk mengubah cara hidup kita, untuk mendidik kita menjadi insan yang berguna
disamping menjadi hamba yang sentiasa bersama-Nya. Hebatnya ketentuan Allah,
hebatnya aturan Allah, segala yang dilakukan bukanlah sia – sia melainkan untuk
mengajar kita agar lebih tabah menghadapi ujian-Nya. Sesungguhnya Allah menguji
manusia mengikut kepada kesanggupannya dan kemampuannya seperti firman-Nya di
dalam surah Al-Baqarah ayat 286 :
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..“
Allah itu Maha Adil, Allah itu Maha Penyayang, mana mungkin Tuhan Yang
Maha Suci daripada sifat – sifat mazmumah sanggup menzalimi hamba yang dikasihi-Nya.
Yakinlah kepada Allah, Yakinlah dengan Kalam Allah, Yakinlah dengan Utusan
Allah. Itu semua adalah tanda kesmpurnaan Allah.
Mutiara Kata
Bakal Alim :
Ujian
Ditimpa Buat Hamba,
Sebagai Tanda Allah Menyayangi Kita,
Bukan
Kerana Benci Dan Hina,
Hanya Sebagai Peringatan Buat Si Leka.
~arif93~
Subscribe to:
Posts (Atom)