Monday, 22 May 2017

Temuduga Imam dan Guru Kafa Negeri Johor

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah rabbil 'alamin nahmaduhu wa nasta'inuhu wa na'uzubillahi min syururi anfusina wamin sayyiatina a'malina man yahdihillah fala mudillalah waman yudlil fala hadialah.

Dah lame tak update blog, dah berhabuk ase blog ni.. Takpe.. Entri kalini, saya nak berkongsi pengalaman interview jadi imam dan guru kafa negeri Johor sebagai panduan untuk kawan2 yang baru lepas graduate.

Alhamdulilah, dengan izin Allah, saya berjaya lepasi kedua2 interview, dan sampai saat ni, saya buat dua kerja dalam satu mase sesuai dengan cadangan menteri kita..ahaks..sebagai Guru Kafa dan Imam sekaligus.

Ok. Gini Bro/Sis semua... Selame pengalaman saya interview, ade beberapa step yang saya rase boleh bantu korang untuk interview.

Step 1 : Kaji fatwa, akhbar, artikel2 agama, dengar ceramah berkaitan sektor agama di Negeri Johor. Dan hasil dapatan saya, Johor sangat menjaga hal-hal yang berkait akidah, Ahlus sunnahnya, Wahabinya, memang isu2 ni isu vital disini. So, banyakkan ilmu dan kajian pasal bab ni. Bab fiqh lek lu..

Step 2 : Hafal juz amma, at least surah ad-Dhuha hingga an-Nas. Kalau untuk imam, tambah surah as-Sajdah.

Step 3 : Luaskan pembacaan tentang pengetahuan am contoh kenal orang penting Negeri Johor macam Sultan, Tengku, MB, Pengarah Jabatan dsb. Dan, tahu juga isu semasa, macam saya haritu kebetulan 2 sebelum tu ade perhimpunan BERISH, dan saya ditanya berkaitan tu. Ini penting, untuk tahu sejauh mana kepekaan korang.

Step 4 : Siapkan segala dokumen yang diperlukan. Susun dokumen kita, beli satu fail khusus untuk dokumen korang. Susun ikut senarai yang diberikan.

Step 5 : Pakai pakaian yang smart, lagi baik utk lelaki pakai kot. Bukan untuk overact pon, untuk korang jugak, supaya lebih yakin bila interview dan bercakap

Step 6 : Waktu interview, korang cuba jawab apa yang termampu, dan tegas dengan pendirian korang. Kalau boleh, banyakkan "YA" daripada "TIDAK". Contoh kalau ditanya, kalau kami nak hantar kamu ke Kluang, kamu terima tak?. Jawab jer, "YA". Die nak tengok komitmen kita.

Step 7 : Itu saje kot. Selebihnya, mulakan dengan basmalah dan beri salam. Duduk tegak. And, do the best, guys!


Wallahualam.

1 comment:

  1. salam ,

    macam mana kita nak tau dpt interview guru kafa? melalui call ke? biasa nya berapa lama tempoh tarikh tutup dan call untuk interview?
    sorry banyak tnya.

    ReplyDelete