Tuesday, 26 April 2016

Selfie Diri!


1...2....3.... klash.. ok.. free style.. smile... klash.. hanya berbekalkan monopod dan kamera di tangan kita mampu tangkap gambar kita sendiri, adakala ambil dari side depan, adakala dari side tepi kerana lebih kelihatan cantik menurutnya.


Itulah selfie. Satu fenomena yang semakin sinonim dikalangan generasi muda hari ini yang dikatakan lebih hipster dan lebih cool and catchy. Tidak kira dimana, di belakang rumah, di tengah highway, dimana ada si muda, di situ ada selfienya Fenomena selfie ini semakin hari semakin berleluasa sehingga dari semuda-muda usia hinggalah ke tua bangka terjebak dengannya. Tiada yang negatif tentang gejala ini kerana si penulis berani mengaku yang selfie ini mampu merapatkan hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan dan hubungan rakan sekerja. Kerana disana bertemunya titik kegembiraan sesama mereka dengan pelbagai gaya jenaka yang ditonjolkan.

Cermin Diri Dulu! 

Tertarik untuk menukilkan sebuah coretan yang boleh diadaptasi daripada istilah selfie ini kerana dengan fenomena ini boleh menjadi daya penarik buat si pembaca untuk menghayati isi hati ini. Bagi si penlis, istilah selfie didefinisikan sebagai "menangkap gambar diri sendiri". Ia samalah ertinya seperti kita mencerminkan atau refleksi diri kita sendiri. Itulah makna selfie yang ingin diungkapkan oleh si penulis iaitu cerminan diri sendiri. Tidak salah saya kata, kita sering melihat diri orang lain yang salah, menuding satu jari pada orang lain tetapi kita lupa yang empat jari yang lain menghala pada diri kita. Pernah tidak kita berada dalam situasi dimana kita bergaduh dengan sahabat kita, dan kita sering melindungi diri kita yang kita betul dan sahabat kita salah, tetapi tidak terlintas dibenak fikiran kita terkadang kesalahan itu boleh jadi berpunca dari diri kita.

Kritik Diri

Selfie diri kita! besarkan lagi wide lens kita untuk melihat diri kita daripada kaca mata yang lebih besar supaya kita selalu merasakan yang diri kita tidaklah sempurna berbanding insan-insan yang lahir di sekeliling kita. Ada perlu untuk kita belajar atau biasakan untuk kritik diri sendiri supaya kita belajar menghargai diri orang lain lebih dari diri sendiri. Bila berbicara tentang kritik diri, terlintas untuk si penulis kongsikan sorotan kisah Umar Al-Khattab, khalifah islam yang kedua dengan gelaran Amirul Mukminin. Pernah satu ketika dimana para sahabat melihat Umar menangis dan ketawa kemudian menangis semula dan ketawa. Sahabat yang melihat situasi itu tertanya dengan tindak tanduk Umar lalu mereka terus bertanya kepada Umar kerana ingin tahu apa yang bermain dalam fikiran sahabat mereka itu. Wahai Umar, aku melihat engkau menangis, kemudian gelak dan menangis semula, apa yang mengganggu dirimu sehingga perilakumu sedemikian? Lalu Umar menjawab, aku teringat sewaktu aku jahil dulu, aku memanam anak perempuan ku yang tiada dosa ditanam hidup-hidup, aku menangis kesal dengan kejahilan aku dulu. Dan aku gelak kerana aku teringat satu ketika dahulu yang aku menyembah berhala sedangkan berhala itu diperbuat daripada tamar, apabila lapar, aku memakan tuhan aku itu, aku tergelakkan kejahilan aku dulu. Umar yang terkenal dengan peribadi yang tegas, garang, lantang, berani dari sosok peribadinya turut berani untuk kritik dirinya sendiri. Begitulah kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Pendeta Zaba, sekiranya ingin tingkatkan mentaliti, kita perlu berani untuk kritik diri kita,

Selfie Dari Kacamata Perhambaan

Dunia ini ibarat padang bola yang pemainnya adalah diri kita sendiri dan jaring gol itu adalah matlamat akhir kita (syurga). Jika kita berjaya dalam pertempuran dengan menjaringkan gol, maka kita telah menempah piala kemenangan yang diimpikan oleh semua pemain bola. Begitulah yang dinisbahkan sebagai dunia iaitu pentas atau padang ujian untuk menguji hamba-hamba yang soleh atau best scorer dalam ujian Allah ini. Jika berjaya, syurga pialanya, kalau tidak, maka sebaliknya. Tiadalah sebab lain kita dijadikan di muka bumi ini melainkan untuk perhambakan diri kepada Allah seperti dalam firmanNya didalam surah Ad-Zariyat :


 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالأِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah.


Ini adalah asal kejadian kita untuk perhambakan diri kita kepada tuhan azza wajalla supaya kita menjiwai nikmat paling besar yang Dia kurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan islam. Jadi, cerminlah diri dengan karakter yang menunjukkan keabdian kita kepada Allah Yang Satu. 

No comments:

Post a Comment