Kalam Yang
Keluar Dari Bibir mu Sering Berbau,
Mengganggu
Si Teman Berbual Disisimu,
Jika Tidak
Dikasihi Dirimu,
Kasihilah
Sahabatmu.
Wahai Si
Perokok Tegar,
Berkepul-kepul
Awan Hitam Dihembusmu,
Menjadi Santapan
Hidu Buat Sang Bernama Keluarga,
Tiadakah
Rasa Kasih dan Simpati Dihatimu?
Buat Sang
Keluarga Yang Membisu lagi Memendam Rasa.
Wahai Si
Perokok Tegar,
Paparan
Kotak Tidak Membuka Pintu Hatimu,
Walau
Ditatap Berkali-kali Tetap Sebatang Diambil Olehmu,
Adakah
Keras Amat Hatimu,
Hingga
tiada Ruang Menilai Dan Merasa.
Wahai Si
Perokok Tegar,
Berbaju
logo Sebagai Tanda Siapakah Kamu,
Dek Kerana
Kekhilafan mu,
Si Logo
Menjadi Mangsanya,
Jangan
disalah Ada Yang Mengata,
Kerana Nila
Setitik, Rosak Susu Sebelanga.
Wahai Si
Perokok Tegar,
Sayangilah
Dirimu,
Sayangilah
isterimu,
Sayangilah
keluargamu,
Sayangilah
Sahabatmu,
Sayangilah
Taklifanmu,
Andai ini Tetap Jalanmu,
Sesal Mendatang, Merintih Pulang.
No comments:
Post a Comment