Ilmu bak mutiara berharga yang berkilau, mahalnya
ilmu itu tidak mampu dibeli, susah untuk dimiliki, susah untuk diwarisi tanpa
usaha yang hakiki. Itulah ilmu yang tempatnya hanya di hati insan yang sentiasa
memikirkan Tuhan.
Semakin banyak ilmu
semakin lapang hidup,
Semakin sedikit
ilmu semakin sempit hidup.
Kata – kata Hamka ini juga sudah memberikan
dorongan dan perangsang yang kuat bertapa pentingnya ilmu dalam mengatur susun
galur perjalanan kehidupan kita. Semakin banyak ilmu semakin kita tunduk patuh
kepada Rabb Yang Maha Kuasa. Membuatkan diri kita sentiasa cukup dengan
pemberian yang sedia ada didepan mata seperti rezeki, harta, isteri dan anak –
anak kita.
Seorang muslim perlulah meletakkan diri mereka
sebagai muslim yang mencintai ilmu. Menjadikan buku – buku ilmiah sebagai
pendamping dikala sunyi, sebagai teman berbual dikala kosong, ilmulah sebaik –
baik tempat untuk mengisi masa lapang. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan
orang yang menuntut ilmu diangkat padanya beberapa darjat seperti firmannya di
dalam surah Al Mujahadah ayat 11 :
“Diangkat
oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan
beberapa darjat.”
Kalam Allah ini adalah bukti bahawa orang yang
menuntut ilmu ini sangat mulia disisi Allah apatah lagi disisi makhluk –
makhluk-Nya. Banyak kelebihan yang diberikan kepada penuntut ilmu jika kita
teliti hadith – hadith Rasulullah antaranya orang yang menuntut ilmu diberikan
tiket untuk memudahkan mereka masuk ke dalam syurga. Satu tempat yang menjadi
idaman dan impian para muslim. Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abi Darda’,
Rasulullah bersabda :
“ Barangsiapa yang mempermudahkan
jalan menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan menuju ke syurga Allah..”
( Riwayat Bukhari & Muslim )
Ilmu adalah mutiara yang berharga, amat
beruntunglah mereka yang memilikinya. Para Nabi tidak mewariskan harta tetapi
mewariskan ilmu yang sangat berharga. Galilah sebanyak mana ilmu itu dan
sampaikanlah kepada seluruh ummah. Itu lebih bermakna berbanding semua seisi
dunia. Ilmu diibaratkan air jernih dan hati ibarat bekasnya, untuk memelihara
ilmu, peliharalah bekasnya agar tidak mengotorkan airnya.
Mutiara Kata :
Tiada Kata Seindah Bahasa,
Tiada Harta Lebih Berharga,
Ilmu Umpama Mutiara,
Rebutan Bakal Penghuni Syurga.
~arif93~
-Penterjemah Ummah-
No comments:
Post a Comment