Monday, 30 May 2016





TEKS KHUTBAH SEMPENA HARI OKU SEDUNIA
TAJUK
“ OKU WASILAH PERUBAH MASYARAKAT”

NAMA
NUR ARIF BIN MD.RADZUAN
NO.TEL
014-5130381
ALAMAT
NO.03-01, BLOK S, JALAN MOLEK 3/19 TAMAN MOLEK 81100, JOHOR BAHRU.
EMAIL
arifmuslim931031@yahoo.com
UMUR
23 Tahun
KATEGORI A
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI.




TEKS KHUTBAH JUMAAT : OKU AGEN PERUBAH INSITUSI MASYARAKAT

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. اما بعـد،
قال الله تعالى : اعوذبالله من الشيطان الر جيم

يَا أَيُّهاَ الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ. يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا. يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا.

Sidang jumaat yang dimuliakan Allah,

Dari mimbar khutbah jumaat ini, khatib ingin menyeru kepada diri khatib dan jamaah sekalian untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Peningkatan iman yang terus dilakukan dengan peningkatan amal soleh. Karena darjat kemuliaan seorang hamba di sisi Allah hanyalah dinilai dengan ketaqwaannya. Allah berfirman didalam Kalam-Nya :

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa”.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah anugerah terindah daripada Allah kepada sekalian manusia, kewujudan mereka ditengah-tengah khalayak ramai sebagai motivasi kepada insan yang sempurna anggotanya agar lebih bersyukur dengan kurniaan Tuhan Maha Kaya. Mereka bukanlah bebanan kepada masyarakat, dan bukan pula golongan yang perlu dipandang hina. Akan tetapi, mereka merupakan agen perubah masyarakat sedunia.


Sidang jumaat yang diredhai Allah sekalian,

Syukur kepada Yang Maha Esa menjadi aspek penting bagi kehidupan orang yang beriman. Allah berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 7 :

Terjemahan : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”

Insan-insan kurniaan Allah seperti OKU ini telah menjadi agen perubah dengan menggambarkan kepada kita pada hari ini tentang erti syukur. Walaupun ditakdirkan dengan cacat anggota badan, pekak bisu, atau hilang deria penglihatan namun itu bukan benteng penghalang untuk mereka terus mengorak langkah lebih kehadapan. Kita umat islam yang sempurna susuk tubuh perlulah meletakkan diri dengan kesyukuran yang tinggi kepada pencipta alam kerana kita dilahirkan sempurna anggota, akal dan jasad. Semua ini anugerah tuhan kepada kita, sekiranya kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat ini seperti yang difirmankan-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7. Golongan OKU seperti mereka menyedari dan mengakui akan kekurangan mereka namun mereka percaya dengan hikmah yang diatur urus oleh Tuhan Azza Wajalla dan tetap bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan. Alangkah indahnya umat islam hari ini menjiwai rasa syukur sepertimana golongan ini menjiwai nikmat kesyukuran itu.

Sidang jumaat yang dimuliakan Allah,

Golongan OKU bukanlah orang asing, mereka hamba Allah seperti kita juga, hamba yang menyerahkan sepenuh perhambaan mereka kepada Allah dengan penuh sabar dan cekal. Kesabaran mereka sudah tentulah berbeza daripada kita kerana ujian yang ditimpa lebih tinggi berbanding insan kerdil seperti kita. Jadikanlah mereka ‘role model’ dalam memaknai kesabaran dalam diri kita kerana mereka dengan penuh cekal dan sabar mengharungi hidup yang telah diaturkan Allah walaupun dipandang rendah oleh sebahagian daripada kita. Mungkin disisi manusia, kita dipandang tinggi, namun, disisi Allah mungkin sebaliknya. Sesungguhnya Allah itu berada dalam jiwa-jiwa yang meletakkan sabar sebagai garis panduan hidupnya seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 153 :

Terjemahan : Wahai orang-orang yang beriman mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Tatkala mana ibu bapa mempunyai anak seperti ini perlulah sentiasa cekal dan sabar seperti sabarnya mereka. Ibubapa hendaklah menjaga dan memelihara mereka sebaik mungkin semoga menjadi insan yang mampu mewarnai institusi masyarakat kita dengan biah kasih sayang. Kita tidak mahu kes yang berlaku pada adik Muhammad Firdaus, budak OKU yang didera di Nilai yang cukup menyayatkan hati berulang lagi. Ini berpunca daripada sikap ibu bapa yang tiada perikemanusiaan pada insan istimewa ini. Oleh itu, Ibu bapa yang dianugerahkan Allah insan istimewa haruslah bersyukur dan bersabar tika mana memelihara mereka. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi anak-anak ini dengan didikan agama yang cukup agar menjadi salah seorang yang dapat meneruskan agenda menyebarkan risalah Allah kepada golongan-golongan lain seperti mereka. Letakkan kesabaran yang tinggi ketika memelihara mereka, dengan harapan Allah akan sentiasa mendampingi kita tidak kira mana kita berada.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sebagai meraikan insan-insan yang menjadi sebahagian daripada masyarakat kita ini, adalah baik kita menghulurkan bantuan kepada mereka sama ada berbentuk kewangan atau tenaga. Hidupkan suasana kasih sayang antara kita dan mereka supaya mereka merasai yang mereka sebahagian daripada kita. Sahabat-sahabat kita yang dipilih Allah ini pasti akan menyandarkan kasih sayang kepada kita sekiranya kita mentafsirkan rasa yang sama kepada mereka seperti sabda Rasulullah SAW :
من لا يَرحَم لاَ يُرحَم
Terjemahan : Barangsiapa yang menyayangi akan disayangi.

Mimbar hari ini menyeru seluruh umat islam agar menyayangi golongan OKU yang menjadi sebahagian daripada nadi masyarakat kita. Wujudkan jalinan mahabbah diantara mereka untuk memberi inspirasi kepada golongan ini agar terus berperanan dalam setiap aspek kehidupan sama ada dari sudut pendidikan, kerjaya dan cita – cita. Sekiranya dunia menghargai dan mengasihi golongan seperti mereka. OKU telah menjadi perantara yang merubah masyarakat dunia kepada masyarakat yang penyayang dan pengasih. Islam mendidik umatnya mengasihi golongan yang kurang upaya ini. Kita cuba soroti sejarah yang menonjolkan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang selalu memberi makan nasi kepada seorang kafir buta dengan penuh kelembutan dan kasih sayang walaupun dihina dan dicaci oleh orang kafir buta itu. Dan berkat sifat sabar, kelembutan dan kasih sayang Rasulullah, selepas kewafatan Rasul Ulul Azmi itu, si buta itu telah memeluk islam kerana terharu dengan kebaikan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kekasih Allah itu.

Sidang jumaat yang diredhai Allah sekalian,

Golongan OKU adalah golongan yang mesti dihormati bakat, kemampuan dan kelebihan mereka. Ahli-ahli usahawan, ahli-ahli korporat dan pengurus-pengurus syarikat hendaklah membuka ruang dan peluang lebih banyak untuk golongan seperti ini dalam sektor perindustrian agar mereka dapat mempersembahkan kecenderungan mereka di medan yang sebenar. Kekurangan anggota badan bukanlah bukti halangan untuk mereka berkarya dan memberikan idea-idea segar demi pembangunan bersama dari aspek ekonomi, politik atau pembangunan sosial. Mungkin mereka dianugerahkan Allah kelebihan menggantikan kekurangan yang dtakdirkan Allah itu. Tidak rugi kita membantu orang yang susah daripada kita. Allah akan balas natijahnya setimpal dengan kebajikan yang kita usahakan di akhirat kelak. Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda:

 "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat…(Riwayat Muslim)

Allah telah menjanjikan kemudahan urusan di akhirat bagi muslim yang membantu muslim yang lain yang susah. Jadi, bertolong bantulah sesama kita orang Islam dengan orang Islam sama ada OKU atau tidak. Semoga umat Islam kekal kuat dan bersatu padu seperti yang diukirkan dalam sejarah satu ketika dahulu.

Sidang jumaat yang dimuliakan Allah

OKU adalah sebahagian dari masyarakat kita. Sebagaimana mereka merupakan ujian Allah kepada kedua orang tua dan keluarga mereka, mereka juga adalah ujian kepada kita. Dengan segala kekurangan yang mereka miliki serta kelebihan yang ada pada kita, bagaimanakah kita berinteraksi dengan mereka? Dan pernahkah terdetik di hati kita melihat kelebihan pada diri mereka untuk menjadikan inspirasi untuk kita? Hina sangatkah mereka sehingga kita meminggirkan mereka? Umat Islam di Malaysia perlu ubah corak pemikiran dengan melihat titik persamaan antara kita dan mereka. Hargailah bakat dan kebolehan mereka dalan pentas pendidikan, kerjaya dan dakwah. Semoga mereka menjadi wasilah mendekatkan lagi antara kita dan Allah.

بَارك اللهُ لِي ولكم بالقرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الأيات والذكرالحكِيم وتقبل مني و منكم تلاوته إنه هو السميع العليم ، أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات ، فأستغفروه ، إنه هو الغفور الرحيم.
KHUTBAH KEDUA

اَلْحَمْدُلِلّهِ حَمْدًاكَثِيْرًاكَمَااَمَرَ. وَاَشْهَدُاَنْ لاَاِلهَ اِلاَّللهُ وَحْدَه لاَشَرِيْكَ لَهُ. اِرْغَامًالِمَنْ جَحَدَبِهِ وَكَفَرَ. وَاَشْهَدُاَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُاْلاِنْسِ وَالْبَشَرِ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ مَااتَّصَلَتْ عَيْنٌ بِنَظَرٍ وَاُذُنٌ بِخَبَرٍ

اَمَّا بَعْدُ : فَيَااَ يُّهَاالنَّاسُ !! اِتَّقُوااللهَ تَعَالىَ. وَذَرُوالْفَوَاحِشَ مَاظَهَرَوَمَابَطَنْ. وَحَافِظُوْاعَلىَ الطَّاعَةِ وَحُضُوْرِ الْجُمْعَةِ وَالْجَمَاعَةِ. وَاعْلَمُوْااَنَّ اللهَ اَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَفِيْهِ بِنَفْسِهِ. وَثَنَّى بِمَلاَئِكَةِ قُدْسِهِ. فَقَالَ تَعَالىَ وَلَمْ يَزَلْ قَائِلاًعَلِيْمًا: اِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ النَّبِىْ يَاَ يُّهَاالَّذِيْنَ آمَنُوْاصَلُّوْاعَلَيْهِ وَسَلِّمُوْاتَسْلِيْمًا. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. كَمَاصَلَّيْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ. في ِالْعَالَمِيْنَ اِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اَللّهُمَّ وَارْضَ عَنِ الْخُلَفَاءِالرَّاشِدِيْنَ سَيّدِنَا اَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيٍّ وَعَنْ سَائِرِاَصْحَابِ نَبِيِّكَ اَجْمَعِيْنَ وَعَنِ التَّابِعِيْنَ وَتَابِعِى التَّابِعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِاِحْسَانٍ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ  

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَاوَاهِبَ الْعَطِيَّاتِ. اَللّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّاالْغَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالزِّنَا وَالزَّلاَزِلَ وَالْمِحَنَ. وَسُوْءَالْفِتَنِ مَاظَهَرَمِنْهَا وَمَابَطَنَ عَنْ بَلَدِنَا هَذَاخَاصَّةً وَعَنْ سَائِرِبَلاَدِالْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ. رَبَّنَااَتِنَافِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلاَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

عِبَادَالله اِنَّ اللهَ يَأْمُرُبِالْعَدْلِ وَاْلاِحْسَانِ وَاِيْتَاءِذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوااللهَ الْعَظِيْمِ يذكركم وَاشْكُرُوهُ عَلىَ نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ. وَلَذِكْرُاللهِ اَكْبَرُ